Wednesday, October 27, 2010

Disebalik Tabir Shahadah

Alhamdulillah.. Dalam turun naik iman tu, akhirnya terbuka juga pintu hati seorang elin ni nak pegi program. Since datang Nihon, since jauh ngan kawan-kawan, since dah lama tak kena marah ngan put, iman tu dah macam nak cecah negatif. Sebarang benda yang berkaitan agama ni memang selalu je ada alasan untuk taknak pegi. Betapa teruknya seorang elin ni. Termakan cik bab banyak sangat kot. huhu.

Alhamdulillah jugak, macam kena dengan diri. First time pegi program, dapat tajuk 'Disebalik Tabir Shahadah'. Macam orang baru nak masuk Islam kan? Ya, memang macam orang baru masuk Islam. Ya Allah, seriously. Kalau datang sorang kafir tanya aku, am i a Muslim? Aku rela lari pecut 100meter. Malu gila nak jawab yang aku ni Muslim. Muslim aku macam hanya di IC. Muslim aku macam Muslim keturunan. Ak berikrar bahawa TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, DAN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH. Aku mengucap لا إله إلا الله محمد رسول الله dalam 5waktu solat ku tanpa sedikit pun rasa getar di hati. Sedangkan Nabi Muhammad mampu mengislamkan beribu manusia hanya dengan kalimah keramat ini, Abu Ubaidah sanggup memenggal kepala ayah kandungnya demi menegakkan kalimah suci ini, malah Abu Rahman bin Auf juga rela mendermakan seluruh hartanya kepada Islam. Subhanallah, apa lah yang ada dengan kalimah ni kan? I did not mean to write ceramah agama or something yang seangkatan dengannya. I'm writing this so one day I can look back and remember what I've gone through.

I have no basic arabic. First time belajar arab macam seronok. Even a bit pening lalat. wkwkwk. Let's figure out each word in لا إله إلا الله محمد رسول الله.
لا in arabic means NO, TIDAK, TIADA.
إله pulak means sembahan. Dan إله ada verb and noun.
  1. Tenang kepadanya.
  2. Berlindung kepadanya.
  3. Rindu kepadanya.
  4. Mencintainya.
  5. Yang diharapkan.
  6. Yang ditakuti.
  7. Yang diikuti.
  8. Dicintai.
إلا means EXCEPT.
الله means ALLAH.
So, kalau dijadikan ayat, tiada sembahan yang kita tenang kepadanya, berlindung kepadanya, rindu kepadanya, mencintainya, yang kita harapkan, yang kita takuti, yang kita ikuti melainkan Allah SWT. Kita menolak semua sembahan kecuali Allah SWT.

Tapi dalam tidak sedar, kita telah lebih mencintai duniawi berbanding Allah SWT. Kita juga tidak sedar yang kita lebih tenang mendengar alunan muzik berbanding mendekatkan diri kepadaNya. Kita juga tidak menyedari yang kita lebih merindui si dia berbanding Allah SWT. Kita juga rasa lebih selamat jika berada dalam perlindungan ibubapa tanpa menyedari kita seharusnya memohon perlindungan dariNya dan berharap kepadaNya. Dan kita juga kadang-kadang risau dengan result exam dan takut dengan lecturer yang akan menggagalkan kita. Tanpa kita sedari semua itu terletak di tangan Yang Maha Esa.

Waktu Kak Shafieqah bagi pengisian ni, aku just realize je dengan apa yang aku dah buat selama ni. Baru sedar dan faham apa yang aku buat selama ni tak menlambangkan sikit pun yang aku ni seorang Muslim. Solat yang tak dijaga. Waktu solat yang tak amik berat sangat. Solat just because of it a must for me. Kalau tak solat nanti dosa sangat. Tapi bacaan dalam solat, tertib solat langsung tak jaga. NAtsu hari tu pun, puasa tak tau laa Allah terima ke tak. Lepas sahur tidur, bangun-bangun nanti pukul 1. tunggu lagi 3, 4 jam dah maghrib. Menyimpang jauh hidup aku dari landasan Dia. Ampunkan elin Ya Allah...

Tapi waktu tu sekadar sedar jela. Bila sesi malam tu pulak, ktorg diberi ruang untuk berfikir dan muhasabah diri. Waktu tu baru terasa. Bila kena mengucap kalimah syahadah ni dalam gelap, mata tertutup, aku dah tak mampu nak bukak balik. Banyaknya dosa seorang elin selama ni. Banyaknya memperhambakan diri kepada benda lain berbanding Allah. Aku sayang-gila-nak-mati dengan mak abah aku. Tapi hanya doa anak yang soleh je yang mampu dorg bawak lepas mati nanti. Cukup soleh ke aku sebagai seorang anak? Doa aku ni cukup ke nak selamatkan dorg nanti? Mak abah selalu je doakan aku, aku tau. Malam jumaat dorg mesti solat hajat untuk anak-anak dorg. Bila nak exam mesti dorg solat hajat, baca yassin.. Dan mungkin Allah dah makbulkan doa dorg sampai laa aku jadi macam ni sekarang. Ramai-ramai adik beradik, aku sorg je dapat rezeki study kat jepun ni. Tapi.. nanti dorg dah takde macam mana? Sapa nak doakan aku? Dan jadi tugas kita pulak kena doakan dorg, wakafkan pahala kita kat dorg. Tapi doa anak yang soleh je yang mampu selamatkan dorg dan pahala aku ni cukup banyak ke nak wakafkan kat dorg? Ya Allah....tolong please..

Peeps, i know, i did toooooo much wrong. Forgive me. Please forgive me.. Banyak mana doa aku kat Allah, kalau korg tak maafkan aku, tergantung jugak doa aku tu nanti. Tolong aku untuk berubah. Tegur aku kalau aku salah. Aku mengidamkan kecantikkan di mata Allah, aku mengidamkan syurgaNya, dan nikmat bertemuan dengan Allah tak mungkin dapat digambarkan. Please elin, jangan ni jadi hangat-hangat taik ayam je. People may change. Yes, they do. But please bukan getting worse. Tolong aku jangan jadi teruk. Iman itu turun naik, tapi jangan iman aku sampai zero. Tolong eik..

6 comments:

Nur Nabila said...

air mate ngalir bc post ni..tq elin :')

eRLeEn said...

wuuu. jangan nagis. tak suruh nangis pun.

semut merah said...

bestnye perjalanan program ni
sedihnye xleh join sob3

Anonymous said...

bersamalah kita menghayati erti sebenar kalimah syahadah ini.jgn hanya lafaz di bibir,tp sematkan di hati n zahirkan dlm setiap perbuatan. AMIN....

sicomot said...

nice p0st!!!
len kli kongsi2 ag ek
suke ngat bace..:)

eRLeEn said...

gee: takpe nanti join lain kali. rindu gee.

si comot: omygoddddd, i swear i just read your blog tadi. and now you suddenly comment on mine. gila lah! Psychic! hahahaha.

i've been thinking, knp lately ni ada je anonymous comment my blog? is he/she someone i know? emm well, who cares. muehehe