Sunday, November 14, 2010

Forward, khabar gembira menanti kamu.

Subject: FW: BUKTIKAN BENAR ATAU TIDAK


ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ


Cuba kita buktikan  benar atau tidak .
 إِنَّكَ لَمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ (٣عَلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ (٤تَنزِيلَ ٱلۡعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ (٥لِتُنذِرَ قَوۡمً۬ا مَّآ أُنذِرَ ءَابَآؤُهُمۡفَهُمۡ غَـٰفِلُونَ (٦

Innakala minal muslimin  a`la siratil mustaqin tanzilal azizir rahim.Litunzira qaumamma unzila abauhum fahum ghafilun.
Tolong kirimkan ayat dari Surah yassin ini minimam kepada 13 orang insyallah  2 jam kemudian kamu akan Mendengar khabar baik,
demi allah dan jangan dihapuskan ia sebelum disebarkan yaa..

Kita bagai berdoa kesesama muslim;)bismillah....

Maybe some of us penah dapat emel-emel macam ni kan? Actually nak reply emel ni. Tapi tak tau kenapa emel kena block. Tapi bila nak reply emel lain boleh pulak. Reply kat emel yang sama, kepada org yang sama, tapi cakap pasal lain boleh pulak. Sangat hairan.


Ermm, sebelum ni dah banyak kali kena tegur pasal emel ni. Nak forward boleh, mendoakan juga boleh. Tapi jangan percaya dengan ayat last tu. 'forward 13 org lagi 2jam ada khabar gembira.' Tak tau hukum dan siapalah kita untuk meletakkan hukum sesuatu benda tu kan? Tapi, mempercayai benda lain lebih dari Allah adalah syirik. Even malaikat pun takde kuasa apatah lagi ayat ni dan emel tu kan. Apa-apa pun khabar gembira atau tak tu semua dari Allah. Dah memang sunatullah, qada dan qadar kita happy dan sedih. Bukan dengan forward emel tu. Lain kali kalau dapat emel macam ni better delete jela. Sebab kalau kita berniat betul(sekadar forward doa), tapi org lain yang tak faham benda ni nanti bila baca dia percaya. Elok2 kita berniat baik, elok2 kita nak dapat pahala kita kena tanggung pulak dosa org lain. Let's say kita forward kat 13 org pastu 13org ni percaya, pastu forward pulak kat 13 org lagi. 13x13 dah 169. Tak pasal2 sebab kita dah 169 org terpesong aqidah. Nauzubillah. Ni salah satu agenda si kafir untuk memesongkan aqidah kita. Sila waspada.

"dan sesungguhnya Dia yang menjadikan orang tertawa dan menangis" (surah An-Najm, ayat 43)

Wallahualam. Yang baik dari Dia, yang buruk itu juga dari Dia tapi melalui kita insan yang kerdil ni :)

Ingatkan saya jika saya lupa...

No comments: