Tuesday, November 16, 2010

Aku Ingin Ke Syurga.

"Sentiasa peringatkan diri kita bahawa hari kematian seseorang bukanlah hari pesta. Dimana kita merasa sombong, membaca-baca atau mengungkit-ungkit segala aib dan kejahatannya, mengintai-ngintai cacat celanya. Sehina-hina dan sejahat-jahat manusia, jika dia bertaubat nasuha, jika ibu bapa redha dan mengampunkannya, jika Allah juga redha dan mengampunkannya, jika manusia yang pernah dijahatinya juga redha dan memaafkannya, insyaAllah Allah juga akan mengampunkan dan meletakkan sesiapa sahaja yang dikehendakiNya di tempat yang mulia dan sewajarnya. Jangan buang masa menilai dan menghisab diri orang lain, nilai dan hisablah diri kita sendiri sebab tiada siapa yang tahu dimanakah tempat kita di sana nanti. Jangan berangan-angan untuk menghuni syurga, kalau dihati kita masih ada rasa riak sombong pada amalan kita. Tempat anda belum terjamin, begitu juga tempat saya pun belum pasti di mana. Tiada siapa yang layak mengatakan bahawa tempat mereka adalah di syurga. Semoga Allah mengampuni roh-roh yang telah mendahului kita. Mudah-mudahan jasad mereka akan bersemadi dengan tenang. InsyaAllah.."
Petikan from cerita "Aku Ingin Ke Syurga'. Sila tengok. Best laa jugak. Takut sebab muka dia dasyat. Tapi ditakdirkan Allah, waktu dia mati , nanah kat badan semua hilang. Even parut pun takde. Subhanallah. Semua tu kehendak Allah kan? Tapi bukan nak cite pasal cerita ni. Nak cite pasal lain.

Sekarang aku ngan housemate tengah gila mencari boots ngan winter coat/jacket. Dah nak winter laa katakan. Orang lain pun sama je kot. Cuma maybe aku ni boros sikit kot. Sekali masuk forever 21 tu confirm hilang banyak keping jugak duit aku. Hmm, what can i say.. Perempuan dengan shopping takleh lari kot.

Hari tu housemate bawak balik boots. Cantik! Dan murah juga. Dalam 3000yen kot. Murah laa tu sebab selalunya jumpa boots dalam 5000yen laa juga. Aku ni yang sama excited try laa jugak boots tu. Memang dah nak pegi beli jugak boots tu hari tu tapi tak tau kenapa malas pulak nak kuar. Selalunya si elin ni pantang dengar barang murah. Hehe.

Beberapa minggu lepas tu, ada kawan call. Borak-borak dengan dia then dia cite dia ada beli boots baru jugak. Cantik tapi 5000yen. Mahal! Pastu dia cakap tu standart laa for boots. Kalau yang murah-murah ni biasanya kulit cik bab. ZAP! Terus teringat dengan boots housemate. Cepat-cepat ktorg check and yes, it's pigskin leather T.T

Baru kalut satu alam. Tanya semua orang nak buat apa? Kena samak ke macam mana ke? Seluar yang pakai and kena boots tu macam mana pulak? Lepas tanya semua orang, lepas cari semua kat internet, lepas bacaa buku Fiqh Luar Negara yang dah lama terperap kat rak buku tu, ktorg pun samak laa kaki dan tangan ktorg. Untuk baai seluar baju and lantai semua tu ada kawan nasihat tak payah samak sebab najis tak berjangkit. Wallahualam.

So starting from now on, berhati-hati laa shopping tu. Jangan ikut nafsu sangat. For peeps who still do not know how does the pigskin looks like. Here's the picture.

Ni copy from internet. 
Cara nak tengok dan kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :
1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK.
Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli jer. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini :
2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.
3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.
Ni link apa apa nak buat kalau kena kulit cik bab. http://solatjemaahjumaat.blogspot.com/2009/01/barangan-dari-kulit-khinzir.html

Hope amalan selama ni diterima Allah..

4 comments:

semut merah said...

ii ne :)
jangan membuang masa menilai orang lain
kerana, mana tahu orang yang banyak dosanya
lebih banyak istighfarnya :)

aReLaN said...

betul tu.muhasabah diri dlu leklok.jgn jadi cam kuman seberang laut nampak, gajah depan mata xnmpk lk kn.hmmm..psl kulit cik bab tu nak wat cmne,bkn sengaja.ALLAH maha mengetahu & maha pengampun.xdela sebab tu sme amalan tak diterima kn.doa jela byk2

myselfSakura said...

ak tgk jgk cter ni...meleleh..huhu..tp, bnyk sgt pengajarannya..tq eh skli lagi mengingatkan..:))

cik n0miey said...

laaa..elin
da ade terbeli ke??laen kali cek molek deh..^_^