Monday, November 22, 2010

UBAT HATI

1. Baca al-Quran dan maknanya.
2. Solat malam.
3. Berkumpul dengan orang soleh.
4. Perbanyakkan puasa.
5. Zikir malam berpanjangan.

Hari tu ada seorang sahabat forward hadith ni. "Rasulullah SAW telah berwasiat supaya aku mengerjakan 3perkara: berpuasa 3hari pada tiap-tiap bulan, mengerjakan 2rakaat dhuha dan mengerjakan solat witir sebelum tidur. (Hadith Riwayat Bukhari&Muslim)

Bila ditanya 3hari tu hari apa? Sahabat jawab, 3hari tu dipanggil hari putih 13,14,15hb setiap bulan kalendar hijrah.(except bulan zulhijjah) :)

InsyaAllah, kore kara kita sama-sama cuba ye. Gambare elin!

Tuesday, November 16, 2010

Aku Ingin Ke Syurga.

"Sentiasa peringatkan diri kita bahawa hari kematian seseorang bukanlah hari pesta. Dimana kita merasa sombong, membaca-baca atau mengungkit-ungkit segala aib dan kejahatannya, mengintai-ngintai cacat celanya. Sehina-hina dan sejahat-jahat manusia, jika dia bertaubat nasuha, jika ibu bapa redha dan mengampunkannya, jika Allah juga redha dan mengampunkannya, jika manusia yang pernah dijahatinya juga redha dan memaafkannya, insyaAllah Allah juga akan mengampunkan dan meletakkan sesiapa sahaja yang dikehendakiNya di tempat yang mulia dan sewajarnya. Jangan buang masa menilai dan menghisab diri orang lain, nilai dan hisablah diri kita sendiri sebab tiada siapa yang tahu dimanakah tempat kita di sana nanti. Jangan berangan-angan untuk menghuni syurga, kalau dihati kita masih ada rasa riak sombong pada amalan kita. Tempat anda belum terjamin, begitu juga tempat saya pun belum pasti di mana. Tiada siapa yang layak mengatakan bahawa tempat mereka adalah di syurga. Semoga Allah mengampuni roh-roh yang telah mendahului kita. Mudah-mudahan jasad mereka akan bersemadi dengan tenang. InsyaAllah.."
Petikan from cerita "Aku Ingin Ke Syurga'. Sila tengok. Best laa jugak. Takut sebab muka dia dasyat. Tapi ditakdirkan Allah, waktu dia mati , nanah kat badan semua hilang. Even parut pun takde. Subhanallah. Semua tu kehendak Allah kan? Tapi bukan nak cite pasal cerita ni. Nak cite pasal lain.

Sekarang aku ngan housemate tengah gila mencari boots ngan winter coat/jacket. Dah nak winter laa katakan. Orang lain pun sama je kot. Cuma maybe aku ni boros sikit kot. Sekali masuk forever 21 tu confirm hilang banyak keping jugak duit aku. Hmm, what can i say.. Perempuan dengan shopping takleh lari kot.

Hari tu housemate bawak balik boots. Cantik! Dan murah juga. Dalam 3000yen kot. Murah laa tu sebab selalunya jumpa boots dalam 5000yen laa juga. Aku ni yang sama excited try laa jugak boots tu. Memang dah nak pegi beli jugak boots tu hari tu tapi tak tau kenapa malas pulak nak kuar. Selalunya si elin ni pantang dengar barang murah. Hehe.

Beberapa minggu lepas tu, ada kawan call. Borak-borak dengan dia then dia cite dia ada beli boots baru jugak. Cantik tapi 5000yen. Mahal! Pastu dia cakap tu standart laa for boots. Kalau yang murah-murah ni biasanya kulit cik bab. ZAP! Terus teringat dengan boots housemate. Cepat-cepat ktorg check and yes, it's pigskin leather T.T

Baru kalut satu alam. Tanya semua orang nak buat apa? Kena samak ke macam mana ke? Seluar yang pakai and kena boots tu macam mana pulak? Lepas tanya semua orang, lepas cari semua kat internet, lepas bacaa buku Fiqh Luar Negara yang dah lama terperap kat rak buku tu, ktorg pun samak laa kaki dan tangan ktorg. Untuk baai seluar baju and lantai semua tu ada kawan nasihat tak payah samak sebab najis tak berjangkit. Wallahualam.

So starting from now on, berhati-hati laa shopping tu. Jangan ikut nafsu sangat. For peeps who still do not know how does the pigskin looks like. Here's the picture.

Ni copy from internet. 
Cara nak tengok dan kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :
1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK.
Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli jer. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini :
2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.
3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.
Ni link apa apa nak buat kalau kena kulit cik bab. http://solatjemaahjumaat.blogspot.com/2009/01/barangan-dari-kulit-khinzir.html

Hope amalan selama ni diterima Allah..

Sunday, November 14, 2010

Forward, khabar gembira menanti kamu.

Subject: FW: BUKTIKAN BENAR ATAU TIDAK


ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ


Cuba kita buktikan  benar atau tidak .
 إِنَّكَ لَمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ (٣عَلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ (٤تَنزِيلَ ٱلۡعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ (٥لِتُنذِرَ قَوۡمً۬ا مَّآ أُنذِرَ ءَابَآؤُهُمۡفَهُمۡ غَـٰفِلُونَ (٦

Innakala minal muslimin  a`la siratil mustaqin tanzilal azizir rahim.Litunzira qaumamma unzila abauhum fahum ghafilun.
Tolong kirimkan ayat dari Surah yassin ini minimam kepada 13 orang insyallah  2 jam kemudian kamu akan Mendengar khabar baik,
demi allah dan jangan dihapuskan ia sebelum disebarkan yaa..

Kita bagai berdoa kesesama muslim;)bismillah....

Maybe some of us penah dapat emel-emel macam ni kan? Actually nak reply emel ni. Tapi tak tau kenapa emel kena block. Tapi bila nak reply emel lain boleh pulak. Reply kat emel yang sama, kepada org yang sama, tapi cakap pasal lain boleh pulak. Sangat hairan.


Ermm, sebelum ni dah banyak kali kena tegur pasal emel ni. Nak forward boleh, mendoakan juga boleh. Tapi jangan percaya dengan ayat last tu. 'forward 13 org lagi 2jam ada khabar gembira.' Tak tau hukum dan siapalah kita untuk meletakkan hukum sesuatu benda tu kan? Tapi, mempercayai benda lain lebih dari Allah adalah syirik. Even malaikat pun takde kuasa apatah lagi ayat ni dan emel tu kan. Apa-apa pun khabar gembira atau tak tu semua dari Allah. Dah memang sunatullah, qada dan qadar kita happy dan sedih. Bukan dengan forward emel tu. Lain kali kalau dapat emel macam ni better delete jela. Sebab kalau kita berniat betul(sekadar forward doa), tapi org lain yang tak faham benda ni nanti bila baca dia percaya. Elok2 kita berniat baik, elok2 kita nak dapat pahala kita kena tanggung pulak dosa org lain. Let's say kita forward kat 13 org pastu 13org ni percaya, pastu forward pulak kat 13 org lagi. 13x13 dah 169. Tak pasal2 sebab kita dah 169 org terpesong aqidah. Nauzubillah. Ni salah satu agenda si kafir untuk memesongkan aqidah kita. Sila waspada.

"dan sesungguhnya Dia yang menjadikan orang tertawa dan menangis" (surah An-Najm, ayat 43)

Wallahualam. Yang baik dari Dia, yang buruk itu juga dari Dia tapi melalui kita insan yang kerdil ni :)

Ingatkan saya jika saya lupa...

Tuesday, November 9, 2010

i miss you girlfriend.

I just woke up and senyum sampai telinga. I got a massage from her. Telling that she missing me too much. She, my sister, my love, my shoulder to cry, my lollipop, my great girlfriend, she is my bestfriend ever.  And i miss you too hotstuff. Missing the gold old day that we having, shopping, gossip-ing, chit chat till dawn. I've just mengumpat-ing about her a night before with popo, my-best-tak-pernah-jumpa-friend. 

Yeah, we're best friend but we're too busy with our own life. Too much to settle down sampai tak sempat nak contact each other. God, i wish time wouldn't fly so fast or better yet just freeze to the part where we are all togetherRead my lips, okay memang tak boleh nak read sangat lah kan? But babe, seriously i'm missing you too. Takpe, we'll make up for all of the lost times ♥ and we'll laugh hard and talk non stop about absolutely everything and anything. I love you like a fat kid loves ice cream(memang it's me lah kan). And miss you more. Like sangat sangat rindu! Go and listen to letto - ruang rindu now. Rindu like that hah! We should meet up soon. I don't want you to forget how i look like. Haha. 

Babe, you still remember when we are still in highschool? Merajuk sampai tak tegur sapa because of too jealous you too close with your classmates and me with my classmates. Haha, silly you woman! Oh, and i miss this too. Surat yang lipat-lipat with its own dessign. Ingat tak? Haha. Kat sini dah takde nak lipat-lipat camtu dah. Oh damn, i miss high school. Everything was so much simpler then. Can we just like skip all this or better yet rewind back time to high school? So much better and i can meet you everyday! Ini tak, our holiday tak penah sama. Benci!

Okay, take off now. Need to fill these freakin spaces in my brain with something useful.

BTN form 3..haha look alim gila me kan? tudung besar yaw.

the day this photo taken kita gaduh kan? ni pun ewin yang snap kan? tapi bila cuci, ada gambar ni. haha. and oh, friendship day's card from you honeyhh.

last day at school.

our last hang out before your leaving?

first time you balik msia.. a great moment!

I love you my shining amour! Nur Alia Fatin Mohd Razali

Sunday, November 7, 2010

Bila function sebagai manusia hilang.

“Sesungguhnya apabila Allah ingin membinasakan seorang hamba dicabut darinya perasaan malu, setelah tercabut perasaan malunya tidak akan menimpanya kecuali perkara yang amat dibenci (oleh Allah), setelah itu tercabut pula sifat amanah darinya, setelah tercabut sifat amanah dari dirinya kamu tidak akan mendapatinya kecuali seorang pengkhianat, setelah itu tercabut darinya sifat rahmah, setelah tercabut sifat rahmah darinya kamu tidak akan mendapatinya kecuali seorang yang celaka dan dilaknat (dijauhkan), setelah itu dia tercabut dari simpulan Islam” (hadith riwayat Ibnu Majah).


Waktu baca hadith ni macam tak paham gila. Apsal Allah nak binasakan hambaNya pulak kan? Macam takde pasal pulak tetiba nak binasakan hamba Dia. Macam tak logik kan? So, tanya laa seorang sahabat ni. Macam biasalah, seorang elin ni memang susah siket nak paham benda-benda macam ni. Terima kasih lah dengan sahabat tu sebab bersabar gila terang satu-satu, even kena tunggu sejam jugak laa dia nak dapatkan jawapan tu. Huhu.


Tujuan manusia dicipta adalah untuk menjadi seorang khalifah dan beribadat kepadaNya. Tapi kalau dah manusia tu tak solat, tak puasa, tak beribadat semua, fungsi dia sebagai manusia tu dah takde laa kan? So, buat apa lagi simpan? Huhu.. Sebab tu laa bila manusia dah tak ingat dengan Allah. Dah tak menjalankan tugas dia sebagai seorang khalifah dan dah tak beribadat kepadaNya, dia akan tercenderung buat something tanpa rasa malu. Bila perasaan malu tu dah ditarik oleh Allah, maka dia akan berbuat sesuka hati. Dah tak fikir dosa dan pahala. Tula maksud, Allah membinasakan seorang hamba tu dengan mencabut perasaan malu tu. Bukan Allah saja2 je nak binasa hambaNya lah elin! haihh.. huhu.


Ok, yang tu dah faham. Pastu tetiba terfikir. Kenapa Allah nak binasakan hambaNya terus. Taknak bagi hidayah dulu ke? Hehe. Ini jawapan sahabat.


"Hidayah tu milik Allah. Kita xboleh persoal Allah nak bg ke tak. Apa yang kita boleh buat bila tengok orang freehair, buat maksiat, kalau boleh tegur, kita tegur. Tapi dalam hati kita wajib doakan dia supaya Allah berikan dia dan kita hidayah. Nanti bila jadi macam *tet* ke, *tet* ke, sape2 ke, jangan pandang rendah dengan orang yang rosak. Sebab kita bukan pemilik hati2 tersebut. Kita hanyalah pemerhati dan hati kita juga bukan milik kita. Allah boleh bagi and boleh tarik hidayah Dia sesuka hati. Cuma Allah takkan buat sesuatu tanpa sebab supaya kita tak pening. Kalau Allah tarik hidayah Dia, cuba check diri kita dulu, mana silap."


I'm writing this so that one day i can look back if i forgot your advice. Sorry tak mintak your approval dulu :) 

Saturday, November 6, 2010

hi, nama saya roslina :)

"Hi, saya elin."
"Elin? Nama betul apa?"
"Roslina."
"Oh.."senyum pelik.

Aduh, kadang-kadang geram gak aa orang camni. Eh, helloooo. I'm not Khatijah-panggil-KT or Aminah-panggil-Amy type ok. Dan saya bukan jenis yang tak bersyukur or tak bangga dengan nama yang parents bagi ok. *Ermm, kalau ada yang terasa gomen ye. Hee*

Ktorg adik beradik memang abah bagi nama ros. Ktorg ada Roslida, Roslia, Rosliza and Roslina. Except abang. Yang tu takkan nak bagi Rosyamsyi pulak kan? Pelik laa pulak bunyinya nanti. So abang Ahmad Risyamsyi. So, kalau call umah kata nak cakap dengan Ros, kau jangan lah. Ada 4 Ros kat umah tu, kau nak Ros yang mana satu. Huhu.

21tahun yang lepas, chewahh sejarah laa pulak kan? Hehe. Bila yang last ni nak kuar. Konon2 abah nak bagi kelainan laa siket. *Eh, yeke aku ni? Pepandai je* Abah nak bagi ROSE LINA. Tapi atuk ngan nenek tak bagi. Dorang cakap, nanti kalau tengok nama, orang confuse Islam ke Kristian. So, jadilah namaku Roslina. Tapi dorg panggil ELIN sebab amik yang tengah je. Ada paham? Lepas ni jangan nak mengutuk lagi ok. Hehe. Owh, yang ERLEEN tu pulak, tu abang yang gedik yang selalu eja nama camtu. Bila tengok cam best je, aku pun eja cmtu laa jugak. Sampai sekarang.

So, hi im roslina. You can call me elin :)

Wednesday, November 3, 2010

Makbulkan doa elin Ya Allah...

Kalau ditakdirkan Malaysia kena serang macam Israel serang Palestin sekarang, mungkin aku yang kat Jepun ni dah separuh gila. Bukan aku sorg jela, beribu rakyat Malaysia kat sini kot. Dan tak mustahil ada yang sanggup ponteng kelas semua sebab nak balik Malaysia tengok family masing-masing. Dan kalau boleh jugak nak je bawak dorg datang Nihon sekali kan? Hmm, tapi airport bukak ke kalau perang-perang? Kalau kena kepung macam Palestin camne? Dorg takleh keluar, kita pun takleh masuk Malaysia. Nauzubillah.. Ya Allah, lindungilah dan sejahterakanlah familyku.. Aku rela aku yang susah, jangan dorg. Tapi kalau aku susah, dorg pulak yang tak aman kan? Hmm, sejahterakanlah kami semua Ya Allah.

Alhamdulillah, Allah bagi rezeki yang tak ternilai kat aku. Dalam beribu-ribu student, aku yang terpilih untuk blja kat bumi sakura ni. Dalam 5orang adik-beradik aku yang dapat study oversea. Even my elder sister yang dah lama teringan nak blja kat oversea dan dah 3kali pun dapat offer tapi ada je halangan. Alhamdulillah.. Moga-moga duit rakyat yang digunakan ni tak sia-sia. Even aku kuat shopping..My bad :(

Tapi aku tak pernah sedar, saudara-saudara kat Palestin tu, jangan kata nak study oversea, nak study kat tempat sendiri pun susah. Nak pegi sekolah macam nak menempah maut. Tapi pegi pun dorg berdepan dengan kezaliman Zionist, tak pegi pun belum tentu dorg selamat kat umah. Hidup tak tenang. Dan kadang-kadang, anak-anak kecil tu tertanya-tanya, masih adakah hari esok untuk mereka. Dan ada yang tak henti-henti berdoa agar nyawa dorg dicabut. Tak tertanggung beban hidup yang terseksa ni lagi-lagi kalau parents dorg dah terkorban.

Bukan riak laa tapi macam teringin nak rasa keperitan dorg tu. Tak cukup makanan, padahal aku kat sini siap membazir lagi. Dorg nak dapatkan bantuan perubatan pun susah. Tapi aku tau, kalau Allah duga aku ngan dugaan ni maybe aku tak kuat untuk terima. Sebab tu Allah duga rakyat palestin. Sebab Allah tau, dorg kuat dan dorg mampu untuk tanggung benda ni. Dan dorg terpilih untuk syahid ke jalanNya.

Hari ni dapat peluang untuk join program keranamu palestina. Alhamdulillah, dibukakan mata, dibukakan minda, betapa kejamnya si zionist dan betapa bersyukurnya aku yang hidup serba lengkap ni. Jika diizinkan Allah, teringin nak jadi sukarelawan pegi Palestin. Ermm, jadi engineer umtuk bangunkan Palestin? Tak kesah laa pape. Ya Allah, ni doa tau. Kalau elin layak, hantar elin g sana eik? Amin. Tq Allah :)

Oh, Ya Allah, Kau tetapkanlah iman mereka, semarakkanlah semangat jihad mereka, Kau tiupkanlah kekuatan rohani dan fizikal ke dalam diri mereka. Ya Allah, Kau bantulah mereka menjalini liku kehidupan mereka. Berikanlah kemenangan kepada mereka, sesungguhnya mereka berjuang demi agama Islam, bangsa, negara dan maruah mereka ya Allah. Ya Allah, kau lindungilah anak2 mereka, para wanita mereka, agar selamat, supaya dihati mereka yang bergelar pejuang itu tiada gentar dan risau. Ya Allah, tajamkanlah sasaran peluru mereka. Agar padu menembusi tubuh yahudi yang cuba merosakkan agamaMu itu. Aminn.

Jom berazam mati syahid!

Tuesday, November 2, 2010

7 kalimah.

Ni elin amik from facebook. Jom kita sama-sama amalkan. Facebook sekarang macam baguskan? Banyak jugak laa info2 yang boleh share.

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " 


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.